home pages

myspace layout

Click here for Myspace Layouts

clock

Get your clock at CompleteMyspace.com

Friday 16 September 2011

puisi lelaki n pompuan

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Usahkan mahu menyentuh hati,
Mengintai cintanya juga tidakku berani,
Membiarkan masa menjadi saksi,
Biar mencintainya tidakkan ku berhenti,
Namun sebagai lelaki aku semakin menyedari,
Di hadapanku bukan sekadar bidadari,
Tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
Aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
Dan membawa cinta ini hingga ke mati….
Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai merindui syurgaMu,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Janganlah biarkan aku tertatih-tatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Dan jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

No comments: